Thursday, March 17, 2011

Seram ilusi Vs Fantasi


Emmm....  Sebelum aku tulis cerita kisah yang menyeramkan nie, aku nak tanyer korang semua, sape kat sini ada sakit jantung,asma ke, lelah ke, tak pun yang ada lemah hati...(ada ker penyakit lemah hati nie..hehe).. untuk sesiapa yang tak tahu lemah hati tu aper...meh nak habaq.. lemah hati tu maknernye org yang penakutlah..huhu, angkat tangan cepat...Haha sebabnyer, toksah-toksah nak sibuk baca entry nie.....BLA-BLAAAA skg...Huhu garang tak....mestilah kene garang, ape kalau tak 'warning' awal-awal saper yang nak bertangungjawab kalau diaorang pengsang sebelum habis baca 'story' aku nie... kalau aku ade kat tepi tak perlah leh tolong buat CPR, tu pun kalu aweklah, kalau laki mau aku cakap.. takder pasal cari pasal (HeHeHe gelak jahat) wakakakaaka.

Tapi aku percaya semua yang sedang baca entry merepek aku nie kuat2 belaka, so xder masalah punyer nak baca sampai habis...kan kan.

Okey-okey, dah stop mengarut.. aku nak sambung citer asal aku nak citer nie.... aik macam belum start lagi...

"mung diam" huhu... sory memang belum start lg...

Ok... citer dia bermula macam nie....


Jam didinding menunjukkan pukul 11.30 malam.. aku macam biasa duduk dikerusi empuk diruang tamu rumah ku sambil layan FB ( Fantasi Baru Budak Bosan) aderlak cam tu, mestilah Facebook kan huhu.... so tengah duk layan-layan FB aku terpandang kat inbox aku ada 1 msg.

Aku buka my inbox dan tertera satu ungkapan " JANGAN KLIK SINI NANTI KAU AKAN MENYESAL" mak kau tu dia satu ungkapan yang cukup menyeksa jiwa aku sampai serba salah jadinya nak klik ke taknak... siapa plak yang duk hantar msg camnie kat aku nie...

Jantung ku berdengup dangan kencang...100KM/J... kencangnya... jiwa aku berbelah bagi... antara rasa ingin tahu dan amaran yang diberi, mungkinkah aku akan hilang pertimbangan... Oh tuhan bantulah insan mu ini yang dalam kepincangan, aku tak tahu kenapa semua ini mengganggu ku... berikan ku kekuatan dalam memilih jalan yang benar.... huhu tu dia gambaran aku yang dalam kekalutan... ader yang leh rase tak situasi aku mase tu.....


ok.... sambung balik

Ku gagahi kudrat yang masih berbaki...ku try mencari 'hint' disebalik kata-kata yang diberi....
Fikiran ku buntu... takde yang dapat membantu, aku try relax jap sebab aku terpaksa bangun untuk ke toilet.... Hajatku Besar..




Hajat besarku cam tak lawas macam selalu, mungkin sebab fikiran ku tak bersatu dengan fizikalku dek masih memikirkan ape makna disebalik ungkapan itu..... Ya ALLAH..... (Opppps stop stop stop takleh doa dalam tandas... nasib baik cakap dalam hati jer ), ku selesaikan hajatku dan ku kembali ker posisiku tadi..

Tanganku pantas mencapai 'mouse' dan halakan anak panah untuk klik open... Apa nak jadi-jadilah fikirku, yang penting takde lagi tanda tanya, suatu yang memang aku tak suka dari dulu lagi.. teka-teki betul-betul menyusahkan diriku...so

'KLIK'

Dah tekan.....

tapi kenapa lambat buka pulak nie, hushhhhhh.... keluh aku, lepas 1 satu... lambatnyer.
Aku lihat network... Jeng2.

Ceh...terputus plak, terpaksalah aku 'connet' balik, cam harammm jer kadang-kadang line tenet nie... sokmo menyusahkan aku.


-Internet access-

Okey-okey dah boleh 'connet'.

aku buka Fb

aku buka inbox

'KLIK'

Ungkapan -JANGAN KLIK SINI NANTI KAU AKAN MENYESAL-

haik... kosong jer...dan ada tulisan sila lihat kat bawah.




*



*


*



*



tit  tit   tit .... Jarum saat dengan jelas kedengaran, jantungku terhenti seketika.

DAMMM!!!!!!!

Satu surat ku terima..



abaikan semua tulisan kat atas tu..huhu... isi sebenar surat tu kat bawah nie...

Satu tulisan yang memilukan aku..

" Abang kenapa biarkan ita menderita... ita sayang abang... sayang sangat-sangat pada abang.. Hanya abang dihati ita.... Abang segalanya bagi ita, abanglah yang teristemewa bagi ita, senyum tawa abang cukup untuk mengubat sedih dihati ini.. tapi kenapa abang pergi tinggalkan ita... ita faham abang tak nak ganggu rumah tangga ita...ita thu silap ita... ita tak berdaya nak membantah pilihan orang tua... ita tak nak jadi anak derhaka... tapi ita perlukan abang.... sekurang-kurangnya sebagai kawan ita... ita tahu abang kecewa dengan keputusan ita... Dan ita tahu yang abang tak kan jadi kawan ita sebab ita cukup kenal abang... abang taknak suami ita marah kan ita.... Abang tak nak ita dipukul suami kan kan....

Tapi tanpa hadirnya abang, hidup ita dah terseksa... Dia panas baran bang, dia tak macam abang... salah sikit, ita dipukul dia... sepak terajang dah jadi mainan bagi dia... penampar selalu jadi sarapan pada ita... bila malam ita cam hamba untuk memuaskan nafsu dia bang.... ita dah tak tahan... ita dah tak tahan... ita dah tak tahan... dengan semua nie....


Sekarang ita dah pergi, ita dah xperlu hadapi dia lagi...ita sayang abang... ita nak mintak maaf dari abang... maaf sangat-sangat... kenangan bersama abang adalah yang terindah... ita harap kita kan bahgia diakhirat kelak....

Ita dah meninggalkan dunia nie, jenazah ita dah selamat dikebumikan semalam...


Salam sayang dari ita... Doakan ita erk..

DAMMMMM!!!!!!!

kalau ita dah meninggal, saper yang tulis surat nie...


huhuuhuh SERAMMMMNYER..HEHEHE..

Huhu saper leh bagi thu aku..saper yang tulis surat nie....


Kih kih kih kih

Sebenarnya aku dah nak tdo sebab tu aku stop merapu dah...huhu kalau nak tulis xhabis nie..hehe

k

Gud nite semua... Sweet dream..

Sunday, March 6, 2011

Citer Raksasa



Pada satu petang "seorang" raksasa berkenalan dengan "seorang" atromen yang baik hati, manis dan mengembirakan raksasa. Nak tahu sebab apa raksasa tu cakap cam tu, hehe. Sebabnya, bermula petang itu mereka berdua telah membuat satu persepakatan, yang bahawasanya, dunia tidak perlu lagi  melihat pergaduhan mereka. yang kadang-kadang merungsingkan fikiran penduduk-penduduk kat jepun..huhu



Apa tidaknya setiap kali diaorang gaduh pasti sibuk penduduk-penduduk kat jepun tu lari tinggalkan rumah, terjun bangunan kadang-kadang ada yang tertinggal anak-anak kat dalam rumah.. ialah dah tak sempat pikir apa-apa dah.. yang penting selamatkan diri.. itulah akibat dari pergaduhan kami..

Jadi diaoarng dah tak nak penduduk kat jepun terasa tak aman duduk kat jepun tu.. sampai dah ramai yang mintak tukar kewarganegaraan nak jadi rakyat malaysia.. sekarang ni dah bertimbun-timbun borang kat pejabat imgrasin dari rakyat jepun.. kalau tak caya tanya Pm kita.. Ayah Najib..hehe, tapi hari tu dia ada pesan jangan kecoh-kecoh, tapi nak wat cam maner, dah mulut tempayan memang tak leh nak senyap lama-lama...Maaf yer PM najib yer..huhu 

Dah-dah merepek, kita sambung cerita tadi.

Jadi bermulalah sejarah hari dimana raksasa dan atromen berbaik-baik..
rakyat jepun semua menarik nafas lega dengan termenterainyer perjanjian ini..

bersambung..
*ikuti kisah seterusnye macam maner kehidupan atromen & raksasa  bila dah tak bergaduh.


Friday, March 4, 2011

kerja tak ingat dunia

Huhu penatnyer hari nie... hari jumaat pun aku kene kerja gak...
sebenarnyer hari ini memang  tak larat sangat... dah dua hari aku demam nie... ubat semua dah makan
emm demam adalah kurang sikit..

hari nie kene pergi gak kerja sebab kene siapkan barang- barang untuk training esok... soesok aku kene kijer gak ah..huhu

penat siot...

tp hari ahad aku nak bantai cuti..hehe

rest puas-puas..