Tuesday, January 25, 2011

Gastrik

huhu ari nie aku nak tulis serba skit pasal gestrik

sajer jer nak selongkar n nambah2 pengetahuan ttg gastrik.. enty nie aku buat khas untuk member2 y ader gastrik n y xder pom boleh ambik port gak.. bukan aper senang nak nasihatkan org y selalu abaikan diri nie..
hehe


Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang.





Punca-punca lain Gastrik:
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.


    entry nie sbenarnye khas untuk otomen yang tengah skt gastrik.. 

    shah harap jaga makan n xpayah diet2..nyeksa diri jer.. huhu

    moga cepat shat..     =)




3 comments:

Lydia Miza said...

salam...tq untuk entri ni..sangat2 membantu saya yg sedang sakit sgt ni...huhu.terharu ni.

shah azril said...

wellkem..hehe

harap2 lepas nie cepat sembuh

(",)

shah azril said...

testing